Anda Ingin Mengelakkan Kerugian Dalam Bisnes Anda....…

Miliki Senjata Penjana Wang Automatik Di Internet Melalui Sistem Autoresponder Anda Sekarang…

     
Panduan Yang Berkesan!

Satu ebook yang bagus dari saudara Aminbeb. Bagi Internet Marketer yang di luar sana yang masih menggunakan sistem autoresponder, patut dapatkan ebook ini segera. Semua langkah-langkah penggunaan AWeber didedahkan dalam ebook ini.

Sebelum anda melanggan aweber, anda wajib mendapatkan ebook Rahsia Manual AWeber ini. Apa yang diceritakan dalam ebook ini adalah segalanya yang terdapat dalam AWeber. Selepas membaca ebook ini, saya faham bagaimana AWeber berfungsi dan ciri2 hebat yang terdapat di dalamnya.

Selama ini saya yang hanya menggunakan autoresponder percuma tergerak untuk melanggan AWeber. Syabas saya ucapkan pada saudara Aminbeb.

Satu pendedahan yang cukup berkesan!!

Jawz,

Ketahui bagaimana memiliki dan memasang Autoresponder AWeber dari A sampai Z, langkah demi langkah, dan bila siap, anda mampu memiliki sebuah mesin pemasaran email yang akan bekerja 24 jam sehari sepanjang tahun…

 

Jika anda rasa anda sudah pakar dalam sistem Autoresponder maka sudah tentu anda telah menjana ribuan RM sekarang. Namun jika anda rasa anda masih memerlukan panduan yang bakal menjana ribuan RM melalui sistem Autoresponder maka di sinilah tempatnya. Saya tidak pasti anda boleh terjumpa laman web ini lagi dan jika anda bertangguh sekarang dan satu masa nanti anda perlu mencari laman web ini semula, dikala itu saya tidak jamin anda boleh menjumpainya. Oleh itu jangan tangguh dan baca surat ini.

 

Dari :   Aminbeb (Team Autobiz)

 

 

Sahabat seperjuangan,

 

Apakah anda rasa anda mampu memasar dan menjual tidak kira sama ada produk anda sendiri mahupun produk-produk orang lain darisistem ‘Affiliate’ yang anda sertai tanpa memiliki Sistem Autoresponder dan Sistem Email ?

 

Sebelum anda menjawab soalan tersebut mari kita lihat senario ini…

Katakan sekarang sudah ada satu laman web jualan anda sendiri yang menjual sebuah ebook yang telah anda susah payah menghasilkannya.  Anda telah mengupah seorang penulis surat jualan dan mengupah seorang ‘designer’ bagi meghasilkan laman web jualan yang mampu menghasilkan jualan. 

Selepas melakukan kempen pelancaran 1000 orang telah melawat dan hasil ‘conversion’ laman web jualan anda tersebut seramai 100 orang telah membeli. Ianya memang satu ‘conversion’ yang tinggi iaitu sebanyak 10%. Selepas 2 bulan pelancaran jualan anda mati disitu. Tiada lagi jualan dihasilkan.

 

Katakan pula pesaing anda juga mempunyai laman web jualannya dan jika dibandingkan laman web jualan anda dengan laman web jualan pesaing anda tersebut ternyata laman web jualan anda lebih ‘berpesuasif’ bermaksud lebih mampu menjual.

 

Namun apa yang berlaku selepas dilancarkan hanya 500 orang yang melawat. Jualan bulan pertama sebanyak 35 orang telah membeli, bulan kedua 40 orang telah membeli, bulan ketiga 30 telah membeli dan bulan keempat 25 telah membeli dan seterusnya setiap bulan ada sahaja jualan yang dilakukan.

 

Apa yang anda nampak dari senario ini?

 

Pesaing anda mampu melakukan jualan sebanyak 130 jualan sehingga bulan ke empat dan jualan terus berlaku setiap bulan manakala anda hanya melakukan jualan sebanyak 100 jualan hanya beberapa ketika selepas pelancaran sahaja dan jualan mati di situ.

 

KENAPA INI BERLAKU?

 

90% dari pelawat laman web jualan anda tidak melakukan belian dan ini merupakan satu kerugian buat anda. Ini kerana anda tidak melakukan usaha susulan @ ‘follow up’ terhadap 90% pelawat yang tidak membeli tersebut.

 

Pesaing anda pula yang hanya memiliki jualan sebanyak 35 unit sewaktu pelancaran, beliau melakukan ‘follow up’ terhadap 93% pelawat yang tidak membuat belian. Hasilnya 40 jualan terhasil pada bulan kedua. Beliau melakukan lagi ‘follow up’ dan hasilnya 30 julan terhasil pada bulan ketiga dan seterusnya. Tahukah anda bahawa pesaing anda tersebut memiliki sistem Autoresponder yang bekerja secara automatik?

 

 

Anda Perlu Sedar Kenapa Bakal Pembeli Tidak Melakukan Terus Belian Untuk Kali Pertama?

 

Jika bakal pembeli tidak melakukan belian untuk kali pertama melawat laman web jualan anda tidak bermakna ia memang tidak mahu membeli. Anda perlu sedar bahawa terdapat beberapa jenis bakal pembeli yang tidak terus membeli. Ini kerana sewaktu kali pertama melawat laman web jualan anda tersebut mereka :

  • Sememangnya tengah kekurangan wang (mungkin gaji belum masuk)
  • Sedang memikirkan perkara lain yang lebih penting
  • Masih tercari-cari produk yang paling sesuai
  • Menangguh niat untuk membeli dan berniat untuk membeli pada masa akan datang namun apa yang berlaku mereka lupa laman web jualan anda.
  • Dengan kata lain belum bersedia untuk melakukan belian pada ketika itu…

 

Jadi untuk melakukan ‘follow up’ anda memerlukan satu sistem yang mempunyai integrasi antara Sistem Autoresponder yang akan mengumpul senarai nama dan email prospek  serta Sistem Pemasaran Email yang mampu menghantar email secara berkala dan automatik kepada prospek.

 

Siapa Anda ?

 

Anda mungkin seorang yang :

  • Telah memiliki sistem Autoresponder anda sendiri namun masih terdapat kekurangan di sana sini
  • Telah memiliki sistem Autoresponder secara percuma
  • Telah menggunakan sistem Autoresponder terutamanya Autoresponder AWeber namun tidak tahu bagaimana memanipulasikannya untuk dijadikan sebagai senjata menjana wang di internet
  • Tergolong dalam golongan ‘intermidiate’ yang masih tercari-cari sistem Autoresponder yang sesuai untuk digunakan
  • Masih baru dalam dunia perniagaan internet dan anda pernah mendengar tentang Sistem Autoresponder namun masih belum memilikinya kerana tidak tahu secara mendalam apa yang dikatakan dengan Sistem Auresponder

 

Tidak kisahlah siapapun anda namun anda mempunyai satu persamaan iaitu anda ingin memiliki sistem Autoresponder yang  bukan sahaja berkesan malah menjadi satu senjata penjanaan wang buat anda. Bukan begitu?

 

 

Kenapa Autoresponder?

 

Oleh itu secara asasnya penggunaan Autoresponder amat penting dalam perniagaan internet anda supaya :

 

  • Anda boleh kumpulkan seberapa banyak senaraian email prospek yang berpotensi
  • Melakukan usaha-usaha ‘follow up’ bagi menghasilkan jualan berterusan melalui sistem email
  • Mempunyai senaraian email prospek yang berpotensi yang boleh digunakan bagi kempen-kempen produk-produk terbaru anda mahupun produk-produk dari sistem ‘Affiliate’

 

Satu perkara yang perlu anda ingat bahawa membina senaraian email prospek berpotensi bermaksud membina aset perniagaan anda.

 

 

Walaupun anda telah tahu dan telah memiliki sistem Autoresponder namun anda masih menghadapi masalah…

 

Terdapat beberapa masalah yang anda hadapi atau bakal anda hadapi dalam melakukan pemasangan dan dalam menggunaan sistem Autoresponder.

 

  • Tidak tahu secara tepat cara yang paling betul untuk memasang sistem Autoresponder
  • Kehilangan ‘list’ atau senaraian email yang telah dikumpulkan
  • Sistem Autoresponder yang digunakan tidak banyak kegunaan dan tidak mesra penguna
  • Tidak tahu cara yang paling baik untuk mencipta borang ‘opt-in’ yang mampu mengumpul senaraian email anda
  • Tidak tahu bagaimana untuk membina kempen email anda
  • Tidak tahu bagaimana mencipta ‘reply’ email yang betul
  • Dan banyak lagi masalah yang berkaitan dengan Autoresponder

 

 

Kenapa anda harus pilih AWeber sebagai sistem Autoresponder anda ?

 

Ramai yang mencadangkan newbie menggunakan sistem autoresponder yang percuma walaupun mereka menyedari hakikat kelemahan yang ada pada sistem autoresponder tersebut. Namun di sini saya tidak akan ceritakan lebih lanjut tentangnya mahupun tentang sistem Autoresponder lain. Di sini saya akan terangkan kenapa anda perlu menggunakan AWeber sebagai sistem Autoresponder anda.

Terlalu banyak sebab kenapa anda harus menggunakan AWeber. Antara yang  paling utama untuk ada tahu adalah :

Mudah untuk digunakan


AWeber mempunyai kombinasi ciri-ciri ‘interface’ yang mudah untuk digunakan. Ianya sememangnya mesra pengguna dalam bentuk web. Jadi, anda tidak perlu untuk menjadi seorang pakar komputer untuk menggunakannya.

 

Skalanya berdaya maju dan mempunyai respon yang pantas


Anda perlu ingat bahawa untuk memiliki sistem penghantaran email yang cekap ia memerlukan satu server yang besar. Oleh itu melalui AWeber anda tidak perlu memiliki server anda sendiri. Rangkaian server AWeber direka secara modular bermaksud jika penambahbaikan diperlukan ianya dapat dilakukan dengan segera tanpa mengganggu sistem yang sedang berjalan. 

Oleh kerana itu juga, setiap tindak balas Autoresponder AWeber bertindak dengan pantas dengan beberapa saat setiap respon yang anda perlukan dapat dilaksanakan.

 

Ciri-ciri  ‘Built-in’ yang tiada hadnya…

AWeber autoresponder mempunyai pelbagai ciri ‘built-in’ yang tiada hadnya seperti :

  • Pengurusan Auto Responder
  • Penghantaran mesej-mesej susulan (follow up message) secara ‘Personal’
  • Pengurusan kempen dan iklan

 

Pengurusan terbaik bagi ‘Subscription’

 

Salah satu bahagian terbaik AWeber dalam perkhidmatan auto respondernya adalah mempunyai ciri-ciri yang kaya dengan kawalan ke atas pengurusan ‘subscription’ email atau bagaimana urusan mengumpul email dari ‘subscriber’ mampu dilakukan dan dikawal dengan mudah.

 
Ini kerana beberapa ciri Aweber mampu:

  • Menambah ‘subscriber’ menggunakan bentuk laman web dan secara manualnya manambah ‘subscriber’ menggunakan menu tambah ‘subscriber’
  • Menambah akaun dan ‘list’ dari pelbagai file sokongan seperti CSV, Text file dan berbagai format senarai email
  • Merakam IP address atas setiap pendaftaran oleh ‘subscriber’
  • Merakam maklumat kawasan dari ‘subscriber’ seperti negara, negeri, bandar, poskod, latitud, longitud dan sebagainya
  • Dan banyak lagi…

 

Mempunyai ciri ‘Tacking’ yang hebat

 

AWeber menyediakan ciri-ciri ‘Tracking’ yang hebat seperti:

  • Jumlah alamat email yang telah dihantar
  • Jumlah alamat email yang berjaya diterima desertai dengan maklumat terperinci
  • Jumlah alamat email yang ‘bounced’ dengan maklumat terperinci
  • Jumlah email yang dibuka dengan maklumat terperinci
  • CTR @ Click Trough Rate atau dalam bahasa Melayunya kadar klik yang telah dilakukan ke atas email yang telah dihantar
  • Dan banyak lagi…

 

Mempunyai ciri ‘Tracking’ kempen iklan yang ‘advanced’

 
Satu lagi ciri terbaik AWeber adalah ciri ‘Tracking’ yang ‘advanced’ ke atas kempen yang dilakukan. Anda bakal dibekalkan dengan maklumat dari kempen pemasaran email anda :

  •  Mempunyai sistem sokongan ke atas semua jenis kempen iklan termasuk email, web juga iklan bercetak
  • Jumlah kempen iklan yang tiada hadnya
  • Menerima laporan status dalam ‘Real time’ ke atas setiap iklan

 

Mampu menjadikan ‘newsletter’ email anda secara ‘Personal’

Setiap email yang dihantar ke ‘subscriber’ anda mampu dilakukan secara ‘Personal’. Ini penting bagi meningkatkan emosi pembaca.

Salam sejahtera “Nama Subscriber”,

“Nama Subscriber” akan digantikan dengan nama yang diberikan pada anda. Bukan hanya nama malah dari sistem ‘opt-in’ atau borang pendaftaran yang dibina anda mampu menghantar email ke atas kategori yang berlainan seperti kategori kumpulan umur, kumpulan kawasan dan pelbagai kategori mengikut kemahuan anda.

Antara ciri ‘Personal’ AWeber adalah :

  • Nama penuh, nama pertama (first name) dan nama hujung (last name)
  • Pembetulan bagi huruf besar secara automatik
  • Alamat email
  • Maklumat secara geografik seperti Negara, negeri, bandar, poskod, latitud dan longitud
  • Tarikh : semasa, akan datang dan tarikh daftar

 

‘RSS / XML Feeds’ ke atas ‘Newsletter’ Email

Ini merupakan satu perkhidmatan yang eksklusif yang ditawarkan oleh Aweber. Dengan perkhidmatan ini ‘newsletter’ email anda boleh dihasilkan menggunakan ‘RSS/XML Feed’ anda. Aweber menggunakan teknologi penyiar @ feeds broadcaster technology yang unik yang mampu menukar RSS laman web atau laman blog anda kepada ‘newsletter’ jadi anda hanya perlu menulis satu perkataan kepada Aweber dan Aweber menukarkannya secara automatik.

 

Menghasilkan laporan yang ‘advanced’

Laporan merupakan bahagian yang penting dalam menganalisa sesuatu sistem begitu juga dengan sistem autoresponder anda. Dengan AWeber anda mampu mempunyai kawalan yang terbaik terhadap kempen pemasaran email anda. Antara beberapa ciri utamanyanya adalah ;

  • Setiap aktiviti akan menghasilkan laporan statistik termasuk kadar berjaya, kadar ‘Bounce’, kadar klik @ CTR
  • ‘Tracking’ atau pengesanan ke atas iklan subscriber
  • Laporan pengimportan data ke CSV dan lain-lain format email
  • Laporan penghantaran dalam bentuk geografik dan kadar penghantaran

 

Sesungguhnya terdapat banyak lagi sebab kenapa anda harus menggunakan AWeber dalam sistem pemasaran email anda. AWeber mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dan ia faham apakah yang sebenarnya diperlukan oleh pemasar seperti anda.

 

Siapa saya dan bagaimana saya boleh membantu anda?

 

Nama saya Amin Fafizullah Omar atau dalam dunia internet tempatan lebih dikenali dengan nama Aminbeb. Saya merupakan usahawan internet separuh masa, dan saya telah mula berkecimpung dalam dalam arena pemasaran emel sebaik saja saya menjadi protege saifulsham, usahawan internet tempatan yang terkemuka. 


 

Banyak juga topik yang dibincangkan di forum-forum berkenaan penggunaan sistem autoresponder. Malah, saya sendiri sering dihujani dengan emel yang menanyakan tentang permasalahan berkenaan sistem Autoresponder.

 

Saya merupakan seorang pengguna Autoresponder Aweber dan sistem ini telah banyak menjana wang buat saya di internet. Sistem sungguh mudah, terbukti berkesan dan sangat mesra pengguna dan banyak faedah yang saya perolehi dengan menggunakan AWeber.

 

Oleh itu bagi menyelesaikan banyak permasalahan dalam sistem Autoresponder terutamanya bagi mereka yang ingin menggunakan AWeber, saya telah pakejkan panduan Rahsia Manual AWeber yang mana segala maklumat yang diperlukan secara langkah demi langkah dari A sampai ke Z ke dalam sebuah ebook yang mudah untuk anda fahami. Mari saya perkenalkan,

MEMPERKENALKAN

 

 

 


Anda tahu bahawa anda perlukan Sistem Autoresponder bagi menjana wang di internet namun banyak masalah yang anda hadapi juga banyak perkara yang belum anda ketahui bagaimana mempunyai sistem Autoresponder yang berkesan

  

Jadi apa yang saya akan lakukan adalah memberikan anda satu panduan yang mudah difahami, langkah demi langkah bagaimana membina dan menggunakan sistem AWeber dan mula menjana wang darinya.

 

Antara perkara-perkara utama yang akan anda perolehi dari ebook “Pendedahan AWeber” adalah pendedahan :

Bagaimana cara betul membuat persedian bagi menulis email. Jika tidak tahu susah untuk menghasilkan email yang tersusun rapi serta menarik perhatian


Bagaimana untuk memiliki sistem Aweber. Jika tidak masakan anda boleh mempunyai sistem Aweber anda.


Bagaimana mencipta kempen email, pengesahan email, email ‘follow up’, penyiaran email dan segala yang berkaitan dengan email. Jika tidak sistem email anda tidak akan menjadi


Signature Email (Global Field)… apa dia dan apa kepentingannya dalam pemasaran email anda. Ketahuinya sekarang juga…


Bagaimana membina aliran yang betul bagi sistem email tidak kira sama ada bagi melakukan kerja-kerja ‘follow up’, kempen-kempen mahupun membina hubungan rapat dengan prospek serta pelanggan anda


Bagaimana dengan Aweber anda mampu melihat serta mengawal segala perjalanan sistem anda berjalan dan memastikan kempen anda berjalan dengan lancar  


Bagaimana untuk memindahkan ‘list’ atau senarai yang telah anda ada untuk dimasukkan ke dalam sistem AWeber. Akibat kalau tak tahu maknanya anda tidak dapat menggunakan list yang telah sedia ada


Untuk memberi lebih emosi kepada pemasaran email anda ianya harus disuntik dengan ____________ . Tanpanya anda tidak mampu memberi suntikan emosi yang mampu mencipta jualan


Tanpa borang ‘Opt-in’ anga tidak mampu mengumpul senarai email prospek anda, oleh itu dalam ebook ini anda akan pelajari bagaimana mencipta ‘opt-in’ yang mampu mengumpul limpahan prospek.


Banyak lagi yang yang bakal dikongsikan kerana ini ebook ini mengandungi melebihi 100 muka surat jadi anda boleh bayangkan betapa lengkap maklumat yang bakal anda perolehi.  

Panduan Yang Sistematik & Unik

Penerangan didalam ebook ini agak memuaskan dan sungguh bersistem. Memang di dalam aweber telah menyediakan cara dan langkah untuk mengendalikannya, tetapi ada beberapa tips didalam ebook ini mededahkan perkara yang tidak didedahkan didalam aweber kerana di dalam AWeber hanya menyediakan kaedah sistem yang basic sahaja, saya selaku pengguna aweber berpuas hati terhadap ebook ini kerana penerangannya yang begitu jelas juga diterangkan dengan lebih terperinci cara penggunaan dan cara pengendalian didalam Aweber!

Tahniah kerana menerbitkan ebook sebegini rupa untuk menyenangkan rakyat malaysia belajar dengan lebih mendalam melalui sistem ini!



Yang benar,

Yazid Yahaya
Penulis buku buat duit dengan blog
www.strategiblog.com
 

Kenapa anda perlukan Ebook ‘Rahsia Manual Aweber’ ?

 Satu-satunya pendedahan dalam Bahasa Melayu

 Ya, mungkin anda boleh perolehi panduan-panduan tentang AWeber di luar sana namun saya tidak pasti adakah panduan-panduan tersebut benar-benar mampu membantu anda. 

Ini kerana ebook “Pendedahan AWeber” merupakan satu-satunya pendedahan tentang AWeber dari A-Z yang ditulis sendiri oleh pengguna yang telah berjaya menjana wang darinya malahan mungkin satu-satunya ebook tentang AWeber dalam Bahasa Melayu dan bagi anda yang mungkin agak sukar untuk betul-betul memahami Bahasa Inggeris maka dengan memiliki ebook ini anda mampu memiliki segala ilmu serta maklumat yang anda perlukan tentang AWeber dengan mudah.

 

Penerangan mudah langkah demi langkah…

 
Ebook “Pendedahan Aweber” ditulis dengan penerangan yang mudah untuk difahami. Penerangan langkah demi langkah dari A hingga ke Z. Setiap penerangan juga disertakan dengan gambar-gambar bagi mempermudahkan pemahaman anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah membaca ebook ini dan ikut seperti apa yang diterangkan.

 Screen shot panduan Rahsia Manual AWeber:

 

 

Melakukan sesuatu yang pasti keberkesanannya…

 Melalui ebook ini anda tidak perlu lagi teragak-agak apa yang perlu dilakukan ataupun melakukan cubaan demi cubaan dan kesilapan. Kenapa harus membazirkan masa serta tenaga mahupun wang anda pada yang tidak pasti. Melalui ebook ini segalanya pasti. Kandungannya ebook ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam menguruskan pemasaran email saya melalui AWeber. Jadi anda boleh memiliki sesuatu yang pasti bagi sistem autoresponder AWeber anda.

 

Anda boleh terus praktikkan dengan segera…

 
Seperti yang saya katakan ianya adalah panduan mudah langkah demi langkah, oleh itu anda tidak perlu untuk tunggu lama untuk melakukan seperti apa yang diterangkan. Untuk berjaya kuncinya adalah bukan berapa banyak yang yang anda tahu tetapi berapa banyak yang anda lakukan atas apa yang anda tahu.

 
Mudah difahami dan berbaloi....

Panduan aweber ini memang amat lengkap dan memudahkan sesiapa sahaja yang ingin mengumpul list... memang berbaloi memilikinya... yang imabiz paling suka.. penerangan step by step atau langkah demi langakah disertakan gambar bagi memudahkan kita memahami teknik yang diberikan... teknik yang diberikan dalam panduan ini memberikan kita teknik yang sesuai untuk berkomunikasi dengan prospek... thumb up dari imabiz...


Ikhlas dari,

imabiz
imabiz.co.cc

Aminbeb, saya sedar sekarang saya perlukan Ebook ini. Berapa yang perlu saya laburkan?

 

Berapa yang perlu anda laburkan??? Hmmm… Inilah bahagian yang sering menjadi tanda tanya pada setiap pembaca surat jualan bukan? Sebelum saya mengumumkan jumlah yang perlu anda laburkan satu perkara yang perlu anda ingat bahawa dengan memiliki ebook Pendedahan Aweber anda bukan semata-mata membeli sebuah ebook tetapi yang paling penting ianya merupakan satu pelaburan seumur hidup bagi kejayaan perniagaan anda. Ingat ini merupakan satu pelaburan buat anda.

Oleh itu bagi memperolehi ilmu sepanjang hayat anda hanya perlu laburkan sebanyak….

RM90.00

RM45.00
Harga pengenalan telah tamat

RM50.00

RM60.00

hanya untuk 50 27 orang sahaja lagi, harga akan dinaikkan selepas ini!

(Satu Kali Pelaburan Untuk Sepanjang Hayat)

 

Tahukah anda dengan nilai RM60.00 tersebut untuk menginap di hotel murahan bagi satu malam pun tidak mencukupi. Namun dengan nilai yang sama ia mampu memberi satu aset bagi mengembangkan perniagaan anda dan menjana keuntungan yang berterusan.

 

Baiklah… jika nilai ini tidak mampu meningkat keterujaan anda mari… saya akan tunjukkan apa yang bakal anda perolehi selain daripada Ebook panduan Pendedahan Aweber

   

Tawaran BONUS Percuma Yang Tidak Mampu Anda Lepaskan

 

Untuk menambah keterujaan anda bagi memiliki Ebook Pendedahan Aweber, dengan nilai pelaburan yang sama saya secara peribadinya memberikan anda dua bonus dan saya pasti anda tidak mampu untuk melepaskannya…

 

Tawaran BONUS Percuma #1

 

EBOOK :SEDOZEN TEKNIK LAMAN WEB YANG MENGUNTUNGKAN!

Teknik web yang berkesan

 

 

Didalam ebook ini terdapat 12 teknik penting yang anda harus tahu untuk memaksimakan keuntungan melalui laman web:

  • Teknik #1 : Anda akan diajar untuk memilih sama ada mahu menjual _______

atau________ di internet.

 

  • Teknik #2 : Sistem _________ yang memudahkan pelanggan

 

  • Teknik #3 : Memahami keperluan dan mengapa pelawat melayari internet

(PENTING! Supaya anda tahu bagaimana untuk memanipulasikan laman web anda agar sering dilawati)

 

  • Teknik #4 : Pemilihan nama domain yang baik

 

  • Teknik #5 : Percuma atau berbayar??? Pilih yang hosting anda..

 

  • Teknik  #6 : 1 laman web, 1 __________

 

  • Teknik #7 : Sila pasang sistem __________ di web anda

 

  •  Teknik #8 : Jadikan laman web anda mudah diingati

 

  • Teknik #9 : Grafik yang ____________

 

  •  Teknik #10: Kaedah mendapatkan testimoni

 

  •  Teknik #11: Percuma??

 

  • Teknik #12: Jangan abaikan khidmat __________

 

Dengan mengetahui kesemua teknik ini, anda akan menikmati faedah seperti berikut:

  •                    Laman web anda akan kelihatan professional dan menarik
  •          Lebih ramai pelawat yang akan mengunjungi laman web anda
  •                     Jualan akan meningkat
  •                     Reputasi dan kredibiliti anda akan meningkat
  •                      Menjimatkan kos, tak perlu menghadiri mana - mana seminar / bengkel
  •                    UNTUNG BESAR melalui jualan yang hebat!!


Ebook yang wajib anda miliki. Dengan hanya memiliki laman web sahaja tidak menjanjikan kejayaaan anda namun dengan memiliki laman web yang efektif mampu memberi pulangan yang lumayan pada anda.

Ebook Sedozen Teknik Laman Web Yang Menguntungkan ini bernilai RM75.00 (Percuma untuk anda)
 

 

Tawaran BONUS Percuma #2

 

SKRIP SOFTWARE: MM RESPONDER

 

 

MM Responders merupakan satu skrip ‘software’ yang mampu digunakan ke atas laman web yang membolehkan anda untuk memasang dan menyusun serta menghantar emel secara automatik tanpa had melalui sistem autoresponder dalam bentuk multi media :

  • Email autoresponder
  • Email susulan (follow up) 
  • Penyiaran email (broadcast)
  • Kempen pemasaran email

Dengan MM Responders anda boleh menghantar email autoresponder dalam pelbagai format seperti :

  • Teks
  •  HTML
  •  Audio
  • Video

 

Dengan memiliki skrip MM Responder anda mampu menjadikan diri anda lebih hebat dari pesaing-pesaing anda. Kempen serta pemasaran email anda tidak lagi hanya dalam bentuk ‘Teks’ yang ringkas sahaja malah setiap mesej anda mampu menarik perhatian ‘subscriber’ anda. Mesej anda juga akan dilihat sangat professional dan dalam masa yang sama kredibiliti anda akan meningkat.

 
Cuba bayangkan dengan memiliki MM Responder anda mampu menghasilkan :

Email Pengumuman Produk Secara Muli Media - Tambahkan tempahan produk terbaru anda dengan menggunakan email video untuk menjual dan dalam masa yang sama mampu melakukan persembahan serta demonstrasi secara 'LIVE'.

Email Video Bagi Pengesahan Tempahan – Ucapkan terima kasih kepada pelanggan anda atas tempahan yang dilakukan dengan satu email ‘follow up’ melalui video. Ini memberikan lebih emosi menyakinkan, lebih ‘Personal’ malah mampu mengurangkan permintaan pengembalian wang.

Email Bantuan Pelanggan – Mudahkan pelanggan anda. Mungkin bukan sesuatu yang mudah untuk menerangkan sesuatu ilmu melaui teks penulisan sahaja, apa kata anda gunakan video bagi menyampaikan email ‘course’ anda melalui video. Ini mampu memudahkan dan mengurangkan kekeliruan pelanggan anda.

‘Course’ Autoresponder Dalam Bentuk Multi Media  - Ya mungkin anda menyediakan siri pembelajaran atau ‘course’ bagi ‘subscriber’ anda. Dari membiarkan mereka membaca pembelajaran anda adalah lebih elok mereka menonton atau mendengar melalui multi media. Ini mampu mencipta sesuatu yang bernilai tinggi berbanding denga teks penulisan sahaja walaupun ianya mempunyai kandungan yang sama.

Email ‘Newsletter’ Dalam Bentuk Multi Media – Hasil dan buatkan ‘ezine’ mahupun ‘newsletter’ anda lebih hidup. Dengan menggunakan komentar melalui audio atau video anda mampu promosikan idea-idea baru kepada ‘subscriber’ anda.

 Testimoni Dalam bentuk Video / Audio – Bayangkan impak jualan yang bakal anda miliki melalui testimoni pelanggan yang berpuashati menggunakan audio atau video. Kesan testimoni menggunakan multi media lebih menyakinkan dan lebih ‘real’ serta mampu mempengaruhi emosi bakal pelanggan.

Kemungkinan keberkesananan pemasaran email menggunakan email multi media memang tiada hadnya. MM Responder mampu membantu anda bagi merealisasikannya

Skrip dan panduan pemasangan ini bernilai RM120.00 ( Percuma untuk anda)

  

Lengkap, padat dan tepat

Sememangnya ebook hasil tulisan Aminbeb adalah ebook yang padat, tepat dan lengkap. Segala yang diperlukan untuk memasang dan menggunakan Aweber secara berkesan diterangkan satu persatu, langkah demi langkah. Samada anda seorang Newbie, Intermidiate mahupun yang telah lama menggunakan Aweber patut memiliki ebook ini. Terus terang kami katakan kami juga telah menggunakan ebook ini sebagai panduan bagi menambah keberkesanan penggunaan sistem Aweber kami.

Zahrul Azua Kamaluddin (Team PEMIKAT) - Penulis buku dan Pemasar Informasi

www.pemikatjualan.com


Dengan memiliki Panduan “Rahsia Manual AWeber” anda bukan sahaja memiliki pendedahan hebat tentang Aweber malah sebuah ebook tentang bagaimana untuk menjadikan laman web yang lebih efektif serta satu skrip ‘software’ yang bakal menjadikan pemasaran email anda lebih efektif, lebih keterampilan dan mampu menaikkan kredibiliti anda.

 

Kami juga menyediakan ruangan keahlian VVIP bagi support selepas pelaburan panduan Rahsia Manual AWeber. Anda akan diberi kata laluan untuk akses blog support ini. Ruangan keahlian ini terhad kepada 550 orang sahaja.

Saya Beri Anda Jaminan Tanpa Risiko…

Anda masih tidak yakin ? Keyakinan saya terhadap Aweber sangatlah tinggi Namun jika saya seorang sahaja yang yakin dan anda tidak maka segala penerangan saya sebelum ini tiada maknanya.

Oleh itu untuk lebih menyakinkan anda biarlah segala risiko kerugian yang bakal anda hadapi kerana memiliki panduan ini saya tanggung sepenuhnya. Jadi saya memberi JAMINAN TANPA RISIKO buat anda tanpa menaikkan nilai pelaburan anda :

Dalam masa 12 bulan selepas anda memiliki panduan ini dan anda rasa anda mahu wang anda semula disebabkan tiada satu pun teknik yang dikongsikan itu berkesan maka anda hanya perlu hubungi saya dan saya akan pulangkan kesemua wang pelaburan anda.


Ya, inilah jaminan saya

 

Tunggu apa lagi? Lagi cepat anda bertindak, lagi cepat anda memiliki ebook ini lagi cepat anda boleh bina sistem pemasaran email anda yang mampu memberi keuntungan berganda buat anda dan mampu membina perniagaan anda ke satu yang lebih tinggi. 

Anda bukan sahaja akan memiliki sebuah ebook hebat malah dua Tawaran Bonus yang bakal menambah nilai kredibiliti perniagaan anda dan anda juga tidak perlu risau kerana pelaburan anda dijamin dengan Jaminan Pengembalian Wang. Jadi jangan tunggu lama-lama. Bertindak sekarang.


MEMANG Puas Hati

Bravo Bro,

Terima kasih kepada saudara Aminbeb kerana membenarkan saya memiliki ebook Sistem Autoresponder Aweber ini. Saya berpuas hati dengan produk ini. Penerangan step by step beserta dengan gambar memuaskan hati saya. Bukan senang untuk menghasilkan ebook sebegini. Ini memerlukan perancangan yang teliti dan mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Syabas buat team Aminbeb.

 

- Rozi
http://mohdrozi.com

 

 

 

Panduan paling mantap

Satu panduan Autoresponder Aweber yang paling mantap di Malaysia! Maklumat yang diberikan oleh Aminbeb memang lengkap! Tahniah saya ucapkan kepada Aminbeb kerana menghasilkan panduan yang baik ini!

 
Eruwan Gerry Norsen
Pakar Lelongan Online
www.RahsiaRajaLelong.com

Print Out

Ebook Pendedehan Aweber ini amat membantu sekiranya ada inginkan satu panduan lengkap yang mambantu anda dari mula hingga berjaya menggunakan autoresponder Aweber.

Saya tertarik dengan panduan memasukkan borang AWeber di web menggunakan web editor percuma di mana saya rasa amat membantu anda yang baru menggunakan aweber ini.

Semuanya praktikal, dan anda boleh mencubanya serta-merta. Jika saya, saya akan print out panduan ini agar saya boleh rujuk semula pada bila-bila masa.



Nurul a.k.a Luvleey
http://www.syoksyok.com


Anda boleh download preview panduan dari Pendedahan AWeber dengan mengisi borang dibawah:

Anda boleh bertangguh namun tetapi ketahuilah…

 
 Untuk memiliki sistem pemasaran email yang berkesan langkah pertama yang harus anda lakukan adalah memiliki panduan “Pendedahan Aweber”. Langkah kedua baca kandungannya dan langkah ketiga terus amalkan apa yang telah anda baca. Langkah keempat bersedia untuk memiliki satu senjata pemasaran email yang bakal memberi keuntungan besar buat anda.

 

Namun begitu impian anda untuk memiliki segala kelebihan dalam pemasaran email hanya tinggal impian jika tiada tindakan segera dari anda. Ketahuilah bahawa dengan bertangguh anda membiarkan rakan-rakan anda yang lain mencipta limpahan jualan sedangkan anda masih terkial-kial melakukan pemasaran yang belum tentu menghasilkan keputusan yang memberansangkan.

 

Oleh itu bertindak segera miliki ebook hebat ini sekarang juga. Setapak anda bertangguh maka anda akan ketinggalan 100 tapak ke belakang. Bertindak sekarang.Jadi bertindak miliki ebook ini sekarang


Iklas dari,  

 Aminbeb

(Pakar Autoresponder Aweber)

 
 

P.S :  Ebook ini bukan ebook motivasi tetapi sebuah ebook panduan langkah demi langkah bagaimana menggunakan autoresponder Aweber bagi memasarkan perniagaan anda.

 P.P.SDengan sekali pelaburan anda bukan sahaja memiliki ebook  Rahsia Manual AWeber ’ malah dua lagi tawaran bonus yang bakal membantu anda untuk lebih berketerampilan dalam usaha pemasaran anda malah anda juga dijamin selamat dari sebarang risiko kerugian.

  P.P.P.S :Saya menjangkakan ebook ini akan pasti laris di pasaran. Sebelum orang lain menggunakan teknik yang saya kongsikan adalah lebih anda dahulu yang melakukannya dan mulalah membina kredibiliti anda dalam pasaran. Jadi bertindak sekarangMiliki ebook hebat ini sebelum terlambat.

   

 HomeF.A Q | Hubungi Kami | Terma & Syarat | Affilate | Blog