Syarat dan Terma Rahsia Manual AWeber
Sila fahamkan syarat dan terma panduan Rahsia Manual AWeber
dibawah. Dengan membuat pembelian Rahsia Manual AWeber, ini bererti anda telah
mematuhi dan menyetujui syarat & terma yang telah ditetapkan.
Rahsia Manual AWeber
Panduan Rahsia Manual AWeber mengandungi 10 Bab teknik
dan cara mendapatkan sistem autoresponder dan kaedah memanipulasikan sistem autoresponder tersebut.
Harga tetap panduan Rahsia Manual AWeber adalah RM70.00. Namun,
jika terdapat sebarang aktiviti promosi, harga ini mungkin berubah mengikut
promosi yang dilakukan.
Panduan Rahsia Manual AWeber hanya boleh diperolehi menerusi laman web ini: http://PendedahanAWeber.com
atau dari mana-mana rakan kongsi saya melalui link affiliate mereka
sahaja, dan setakat ini saya tidak melantik mana-mana pihak untuk
membuat jualan sebagai reseller bagi produk Rahsia Manual AWeber.
Segala bonus istimewa yang ditawarkan adalah TIDAK
TERMASUK dalam pakej panduan Rahsia Manual AWeber. Ianya adalah sampingan sahaja dan mungkin boleh
hilang pada bila - bila masa sahaja.
Pembeli SAH panduan Rahsia Manual AWeber layak menerima
sebarang kemaskini produk dan tambahan bonus pada masa - masa akan datang secara
PERCUMA.
Panduan Rahsia Manual AWeber adalah produk berbayar dan
terkandung HAK CIPTA. Sebarang penyebaran secara haram (illegal) adalah dilarang
sama sekali. Pengguna yang mendapatkan pakej web jualan secara tidak sah akan
dikenakan tindakan tegas berdasarkan undang - undang Malaysia.
Pembeli Panduan Rahsia Manual AWeber
Setiap pembeli adalah terikat dengan peraturan yang
telah ditetapkan pada halaman ini serta pada setiap terma yang ditetapkan dalam pakej panduan ini.
Pembayaran hendaklah dilakukan dengan jumlah harga
yang tepat.
Pembeli adalah DILARANG menyebarkan panduan Rahsia Manual AWeber secara haram sama ada menjualnya semula atau menyebarkannya secara
percuma dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa kebenaran daripada pihak PendedahanAWeber.com
Pembeli haruslah memberikan butiran lengkap yang
diminta ketika membuat pembelian panduan Rahsia Manual AWeber sebagai rujukan kami. Butiran
yang dikirimkan adalah selamat serta terpelihara bersama kami.
Setiap informasi / link download / Produk / Bonus
yang ditawarkan adalah hak milik pembeli seorang sahaja dan tidak dibenarkan
dikongsikan bersama pihak lain. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan hak
pembeli hilang sama sekali.
Pembeli akan menerima setiap updates panduan Rahsia Manual AWeber keluaran PendedahanAWeber.com menerusi email yang terkirim berdasarkan maklumat
yang telah didaftarkan ketika pengesahan pembelian.
Pembeli layak menerima Support / Bantuan khas
daripada PendedahanAWeber.com berdasarkan panduan yang telah disediakan
sahaja.
Hak Istimewa pembeli akan terbatal sama sekali jika
melanggar mana - mana syarat yang telah ditetapkan oleh PendedahanAWeber.com
Hak Cipta Panduan Rahsia Manual AWeber
Pakej panduan Rahsia Manual AWeber adalah produk yang dibangunkan
oleh PendedahanAWeber.com dan mempunyai hak cipta terpelihara.
Pakej panduan Rahsia Manual AWeber harus dibeli daripada pemilik asal
ataupun daripada agen affiliate yang sah.
Panduan Rahsia Manual AWeber tidak dibenarkan disebar secara
percuma dalam apa jua keadaan sekalipun.
Tiada mana - mana bahagian dibenarkan disalin,
dicetak, ditiru dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran daripada
penulis.
Jaminan Pulangan Wang
Setiap pembeli berhak mendapatkan pulangan wang
kembali dalam tempoh 12 bulan selepas pembelian NAMUN perlu
besertakan beberapa syarat dibawah.
- Telah mencuba segala teknik dan panduan yang
diberikan dengan bersungguh - sungguh pada panduan Rahsia Manual AWeber yang dibeli.
- Membuktikan usaha yang dilakukan menerusi sistem AWeber yang dibuat.
- Memadam / delete kesemua file pakej panduan Rahsia Manual AWeber
termasuk Bonus - Bonus Percuma yang diperolehi dari komputer pembeli.
Wang akan dikembalikan dalam tempoh 7 Hari selepas
pembeli telah mengikut syarat yang ditetapkan diatas dengan membuat pengesahan
kepada pihak PendedahanAweber.com
Penafian
Panduan yang diberikan adalah berdasarkan
pengalaman penulis semata - mata dalam bidang yang disertai. Panduan ini
berkemungkinan TIDAK SESUAI untuk digunakan oleh sesetengah pihak.
Segala usaha telah dilaksanakan untuk memastikan
panduan yang diberikan adalah tepat semasa dihasilkan NAMUN disebabkan oleh
informasi bertukar dengan pantas, mungkin sesetengah tips atau teknik yang
diajar tidak lagi bersesuaian untuk digunapakai pada masa hadapan.
Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat
yang terkandung di dalam buku panduan ini adalah tepat dan lengkap selamanya.
Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab
atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak,
yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara
langsung atau tidak langsung.
Bantuan & Support hanya diberikan berdasarkan
panduan yang telah disediakan. Lain - lain bantuan yang diminta akan dikenakan
caj tambahan bergantung kepada tahap kesulitan yang dihadapi.
Informasi yang diberikan pada halaman web ini
mungkin akan berubah - ubah TANPA pemberitahuan awal. Segala yang terkandung
pada ketika ini adalah harus dipatuhi sebagai pengguna panduan Rahsia Manual AWeber.
|Tempahan| Soalan yang sering ditanya |
|